Hujan berterusan dijangka pada 16 hingga 18 Nov ini
CYBERJAYA – Orang ramai diminta berjaga-jaga dengan ramalan hujan berterusan dijangka berlaku di pantai timur dan utara Semenanjung serta timur Sabah bermula 16 hingga 18 Nov ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku di kawasan berkenaan.
Justeru, keadaan sedemikian boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan dalam tempoh tersebut.
“MetMalaysia sedang memantau keadaan ini dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan sekiranya perlu,” kata kenyataan itu.
Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web MetMalaysia dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





