
Malaysia tewaskan Korea 2-1, mara ke final hoki lelaki
NAGOYA – Skuad hoki lelaki Malaysia melangkah ke perlawanan akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.
Malaysia bermula dengan keputusan 0-0 pada suku pertama dan kedua sebelum meledak gol pertama oleh Azrai pada suku ketiga.
Korea Selatan kemudian merapatkan jurang dengan satu gol pada suku ketiga, namun Malaysia kemudian berjaya memperoleh pukulan penalti yang disempurnakan oleh Azrai untuk Malaysia mendahului 2-1.
Pasukan negara terus kekal tenang untuk mempertahankan kelebihan sehingga tamat perlawanan.
Keputusan akhir menyaksikan Malaysia menang 2-1 ke atas Korea Selatan sekali gus menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu India pada 3 Oktober ini.
India terlebih dahulu menempah tiket ke final selepas menewaskan Pakistan di separuh akhir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








