BERITA SEMASA

Shuhaily tidak dapat terima pelantikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak dapat menerima pelantikan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berikutan kekangan masa dan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menghormati keputusan berkenaan serta merakamkan penghargaan kepada Mohd Shuhaily atas kesediaan dan komitmen beliau sebelum ini untuk membantu badan induk bola sepak negara itu memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus.

“FAM akan memastikan kelancaran fungsi Jawatankuasa Integriti terus diberi perhatian bagi menyokong usaha memperkukuhkan integriti dan tadbir urus FAM,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, FAM mengumumkan pelantikan Mohd Shuhaily sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button