FAM penuhi permintaan Kim Pan-Gon hadapi baki perlawanan kelayakan piala dunia
KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memastikan skuad Harimau Malaya dalam keadaan optimum bagi menghadapi dua perlawanan penting bulan depan.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata latihan pusat skuad negara dijadualkan akan bermula pada penghujung Mei selepas tamatnya saingan Liga Malaysia (Liga-M) demi menyusun kalendar bagi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“Permintaan khas dari pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, untuk penerbangan sewa ke Kyrgyzstan juga telah diberikan perhatian serius oleh badan induk tersebut.
“Demi memastikan kecergasan dan ketenangan pemain sepanjang perjalanan, tanpa perlu dua kali transit sebelum sampai ke destinasi,” katanya seperti di laporkan Sinar Harian hari ini.
Hamidin berkata, Harimau Malaya akan memulakan latihan pada penghujung Mei atau awal bulan Jun sebelum berlepas ke Kyrgyzstan. Keputusan ini telah dipertimbangkan sejak awal, sebelum jadual Liga-M ditetapkan.
Pertemuan penting Harimau Malaya dengan Kyrgyzstan dijadualkan pada 6 Jun di laman lawan, diikuti dengan aksi menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil lima hari selepas itu.
Sementara itu, Harimau Malaya menempatkan diri di kedudukan ketiga Kumpulan D dan kesemua perlawanan akan menjadi penentu bagi misi ke pusingan ketiga Piala Dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







