BERITA SEMASA

Skuad Harimau Malaya selamat tiba di Taiwan

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan Taoyuan sebentar tadi.

Skuad negara tiba bagi menghadapi perlawanan kedua Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Chinese Taipei, Selasa ini.

Terdahulu pagi tadi skuad negara bertolak ke Taiwan dengan menggunakan penerbangan Malaysia Airlines yang juga merupaka rakan penerbangan rasmi FAM.

Pasukan negara yang dibimbing Kim Pan Gon dalam misi mencari kemenangan kedua selepas berjaya menewaskan pasukan Kyrgyztan 4-3 di Stadium Bukit Jalil.

Kemenangan menentang Taiwan yang menduduki ranking di bawah Harimau Malaya penting untuk memburu slot ke pusingan berikutnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button