
Piala Asia: Ranking Malaysia melonjak kembali
KUALA LUMPUR – Pasukan Harimau Malaya berjaya memperbaiki kedudukan ranking FIFA dengan melonjak sebanyak 4 anak tangga selepas perlawanan terakhir Piala Asia menentang Korea, semalam.
Kejayaan Malaysia mengikat pasukan Korea dengan jaringan 3-3 memastikan Harimau Malaya berjaya meraih mata tambahan sebanyak +12.30 mata dan menyaksikan kedudukan kini berubah ke tangga 132 dunia.
Sebelum kejohanan Piala Asia bermula ranking Malaysia dikedudukan ke 130 dunia, namun ranking Malaysia jatuh ke tangga 136 dunia selepas tewas kepada Jordan dan Bahrain l dalam perlawanan pertama dan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.
Malaysia menamatkan kempen Piala Asia Qatar 2023 dengan kedudukan terakhir kumpulan E dengan satu mata selepas tewas kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1), manakala seri dengan Korea (3-3).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








