
Malaysia belasah Laos 5-1
KUALA LUMPUR – Harimau Malaya memanfaatkan peluang bermain di gelanggang sendiri dengan membelasah Laos 5-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Faisal Halim (min-59), Roomel Morales (min-65,70), Khammanh Thapaseut (GS, min-79) dan Paulo Jouse (min-82) manakala gol Laos hadir menerusi Chanthavixay Khounthoumphone (min-19).
Perlawanan berlangsung dengan tuan rumah lebih banyak mengawal permainan manakala Laos lebih banyak bertahan.
Bagaimanapun, Harimau Malaya kemudiannya dikejutkan dengan gol pembukaan pasukan pelawat apabila rembatan Chanthavixay Khounthoumphone pada min-19 terkena kepala pemain pertahanan Malaysia lalu tertampan ke dalam gol.
Jentera serangan Harimau Malaya terus menggandakan asakan namun ketumpulan penyudah gagal menyaksikan sebarang gol, menyaksikan separuh masa pertama perlawanan berakhir dengan pasukan negara ketinggalan satu gol.
Di separuh masa kedua, asakan pasukan negara akhirnya membuahkan hasil apabila gol penyamaan berjaya dihasilkan menerusi sepakan percuma Faisal Halim (min-59).
Romel Morales kemudiannya muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada min-65 dan min-70.
Pada minit ke-79, kesilapan komunikasi di pertahanan Laos menyebabkan pemain pertahanan Khammanh Thapaseut tertanduk bola ke gawang sendiri.
Pada min-82, Paulo Josue yang masuk menggantikan Morales berjaya menolak bola ke dalam gawang bagi gol kelima pasukan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








