BERITA SEMASASUKAN

Lebih 45,000 tiket terjual, penyokong Harimau Malaya siap sedia gempur Vietnam

LEBIH 45,000 tiket telah terjual menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, dengan jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang sepak mula.

Pertembungan malam ini dijangka menjadi aksi sengit antara dua pasukan yang berkongsi kedudukan teratas Kumpulan F, selepas masing-masing mencatat kemenangan dalam perlawanan pertama.

Malaysia dijangka memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, dalam usaha menamatkan badi kekalahan kepada Vietnam.

Kali terakhir Harimau Malaya menewaskan skuad Naga Emas adalah pada separuh akhir Piala AFF 2014 di Hanoi dengan kemenangan 4-2.

Sejak itu, Malaysia tewas tujuh kali dan seri sekali dalam semua kejohanan.

Penyokong setia Harimau Malaya diharap tidak melepaskan peluang untuk memberikan sokongan padu di stadium bagi menyuntik semangat pemain negara.

Gabungan pemain warisan dan naturalisasi perkukuh skuad negara

Skuad Harimau Malaya kali ini tampil dengan kombinasi menarik pemain warisan dan naturalisasi yang dijangka memberi nafas baharu kepada strategi permainan.

Antara tujuh pemain warisan yang dipanggil ialah penyerang Rodrigo Holgado, Imanol Machuca dan Joao Figueiredo; pertahanan Jon Irazabal, Facundo Garces dan Gabriel Palmero; serta pemain tengah Hector Hevel.

Selain mereka, pemain tempatan turut menjadi tonggak penting skuad negara dengan peranan utama di bahagian pertahanan, kreativiti di tengah padang serta ketajaman di barisan serangan.

Harapan kini terletak kepada Ketua jurulatih, Peter Cklamovski untuk mengemudi Harimau Malaya bagi menampilkan aksi bertenaga, sekali gus memastikan laluan lebih cerah ke pusingan seterusnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button