SUKANBERITA SEMASA

Malaysia berdepan cabaran Kyrgyzstan, Pan-gon kekal optimis

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi cabaran yang sukar untuk ke Piala Asia dengan misi wajib menang hari ini untuk menghidupkan peluang layak secara automatik.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, pasukannya memiliki semangat yang tinggi untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia menentang Kyrgyzstan hari ini.

“Perlawanan ini amat penting buat kedua-dua pasukan. Pasukan yang menang bakal mendapat tempat ke peringkat berikutnya,” katanya dalam sidang media.

Menurut beliau, Malaysia sedar perlawanan yang menanti mereka adalah sangat mencabar namun, semangat Harimau Malaya untuk berada dalam kelompok 18 pasukan terbaik Asia tidak pernah luntur.

“Kami akan cuba memberikan keputusan yang terbaik untuk Malaysia. Benar, perlawanan di tempat lawan adalah sukar namun, aksi ini adalah penentu kedudukan Malaysia untuk melakar satu sejarah baru dalam saingan antarabangsa. Semua individu dalam pasukan ini memiliki semangat untuk memastikan kemenangan,” tambahnya lagi.

Ketika ditanya mengapa Malaysia tidak tiba awal untuk persiapan perlawanan, Pan-gon menjelaskan, beliau tidak mengetahui mengenai kemudahan yang dimiliki di sini.

“Jika dibandingkan ketika kami ke Qatar untuk Piala Asia, kami mengetahui mereka mampu menyediakan kelengkapan yang diperlukan untuk latihan pemain. Itu sebab kami tidak tiba awal di sini,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button