BERITA SEMASASUKAN

Malaysia tundukkan Laos 3-0

CYBERJAYA – Pasukan Malaysia berjaya menewaskan Laos 3-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Vientiane, sebentar tadi.

Kesemua gol Malaysia hadir pada separuh masa kedua menerusi jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi (min-64). Dion Cools (min-68) dan Faisal Halim (min-90+8).

Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan Harimau Malaya lebih menguasai permainan, namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan tiada sebarang gol dapat dihasilkan.

Pasukan negara akan bertemu Laos semula dalam perlawanan timbal balik pada 14 Oktober di Stadium Bukit Jalil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button