Salah kekal di Liverpool
LIVERPOOL – Bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah, dikatakan telah menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool susulan ucapan tahniah daripada bekas pertahanan kebangsaan Mesir, Haytham Farouk.
Farouk, yang kini merupakan penganalisis bola sepak menyatakan penghargaan dan sokongannya terhadap langkah Salah untuk terus kekal bersama The Reds.
“Tahniah, Mo Salah! Keputusan ini menunjukkan kesetiaan dan komitmen anda kepada Liverpool. Anda terus menjadi kebanggaan rakyat Mesir,” kata Farouk dalam satu ciapan di media sosial.
Laporan mengenai kontrak baharu Salah itu, sekali gus mencetuskan kegembiraan dalam kalangan penyokong Liverpool di seluruh dunia.
Salah yang menyertai kelab itu pada 2017, telah menjadi ikon penting dalam kejayaan Liverpool, termasuk membantu mereka memenangi Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Perdana Inggeris.
Walaupun butiran kontrak tersebut belum diumumkan secara rasmi, dakwaan ini dilihat sebagai langkah positif untuk mengekalkan kestabilan skuad di bawah pengurusan Jürgen Klopp.
Jika benar kontrak baharu ini dimeterai, ia bukan sahaja mengukuhkan status Salah sebagai legenda Liverpool, tetapi juga sebagai salah satu bintang bola sepak terbaik yang pernah dilahirkan Mesir.
Sebagai rekod, Salah yang mempamerkan prestasi luar biasa dengan menjaringkan 13 gol dalam 14 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini dilaporkan hanya kekurangan tiga gol untuk menjadi penjaring keempat terbanyak dalam sejarah Liverpool.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








