Hannah Yeoh ucap tahniah Harimau Malaya tamatkan penantian 11 tahun
KUALA LUMPUR – Hannah Yeoh menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski atas kejayaan Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kemenangan bergaya itu bukan sahaja menghadiahkan tiga mata berharga buat Malaysia, malah turut menamatkan penantian selama 11 tahun untuk menewaskan Skuad Naga Emas dalam saingan kompetitif.
“Tahniah kepada jurulatih Peter Cklamovski dan seluruh pasukan Harimau Malaya atas kejayaan menewaskan Vietnam” katanya dalam satu kenyataan di Facebook milik beliau semalam.
Baca juga : Kelayakan Piala Asia 2027: Malaysia tewaskan Vietnam 4-0
Hannah turut menyifatkan sorakan padu lebih 61,000 penyokong, termasuk laungan semangat daripada Ultras Malaya, sebagai detik manis yang akan dikenang seluruh rakyat Malaysia.
“Gegak gempita Ultras Malaya di Bukit Jalil menjadi memori manis buat semua rakyat Malaysia yang meraikan kejayaan ini.
“Terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya lagi.
Malaysia kini mengumpul enam mata selepas dua perlawanan, sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam saingan Kumpulan F.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








