Ini skuad kebangsaan, bukan skuad kedua – tegas jurulatih Cape Verde
KUALA LUMPUR — Jurulatih Cape Verde, Pedro Brito, menafikan dakwaan beliau menurunkan skuad kedua dalam perlawanan persahabatan menentang Harimau Malaya yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Cheras malam tadi.
Pedro berkata, walaupun memperkenalkan 12 muka baharu dalam perlawanan tersebut semua pemain yang diturunkan adalah daripada pasukan kebangsaan utama Cape Verde.
“Kami tidak mempunyai pasukan pertama, kedua atau ketiga. Kami hanya ada satu pasukan kebangsaan.
“Perlawanan ini memberikan peluang kepada pemain baharu untuk beraksi dan mereka menunjukkan kualiti walaupun pertama kali bermain bersama,” katanya memetik laporan Stadium Astro.
Cape Verde, yang kini berada di ranking ke-72 dunia, tidak memandang rendah kemampuan Malaysia yang berada di kedudukan ke-131.
Pedro berkata, dalam bola sepak, ranking bukanlah penentu mutlak prestasi di atas padang.
“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. Kami tidak terkejut dengan prestasi Malaysia. Dalam bola sepak, ranking tidak penting,” katanya lagi.
Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kekuatan dan strategi, memberikan pengalaman berharga kepada pemain baharu dalam persediaan menghadapi cabaran antarabangsa akan datang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







