SUKAN

América de Cali akui FIFA gantung Rodrigo Holgado 12 bulan

COLUMBIA – Kelab bola sepak América de Cali mengesahkan penyerangnya, Rodrigo Holgado dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kenyataan rasmi, kelab itu memaklumkan bahawa FIFA telah mengeluarkan notis rasmi mengenai hukuman yang berkuat kuasa serta-merta, melibatkan larangan pemain tersebut daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak.

“América de Cali telah menerima notifikasi mengenai penggantungan 12 bulan terhadap Rodrigo Holgado. Hukuman ini bermula pada tarikh pemberitahuan,” katanyabdalam satu kenyataan hari ini.

Walaupun sanksi telah dikenakan, pihak kelab tidak menyatakan sama ada kontrak Holgado akan ditamatkan atau beliau digugurkan daripada pasukan ketika ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Holgado bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan memfailkan rayuan di bawah peruntukan Kod Tatatertib FIFA agar keputusan berkenaan dapat disemak semula.

“Bahagian perundangan América de Cali akan sentiasa berhubung dengan FAM untuk mengikuti perkembangan proses ini,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, penggantungan pemain tersebut dijangka memberi kesan besar kepada persiapan kelab berkenaan dalam saingan liga domestik serta kejohanan antarabangsa musim ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button