
Hamidin sahkan tidak pertahan jawatan Presiden FAM
KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin, memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam Kongres FAM awal tahun depan.
Perkara itu disahkan Hamidin sendiri dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di Astro Arena hari ini.
“Saya dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan pada semua, seperti yang diuar-uarkan banyak media, bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan presiden FAM bagi penggal yang akan datang, iaitu bagi penggal 2025-29.
“Ia kerana saya mahu memberikan ruang kepada ahli gabungan untuk memilih presiden yang baharu.
“Saya pun sudah enam setengah tahun (berkhidmat), jadi saya rasa sudah cukup dan perlu memberi ruang kepada individu lain untuk memimpin persatuan yang besar ini dan membawanya ke mercu yang lebih besar,” katanya.
Sebagai rekod, Hamidin mula memegang jawatan Presiden FAM pada 2018 dan akan menamatkan perkhidmatannya pada 15 Februari depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








