BERITA SEMASASUKAN
Pearly – Thinaah juara Masters Indonesia selepas lawan tarik diri
JAKARTA – Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah muncul juara Kejohanan Badminton Masters Indonesia selepas lawan mereka menarik diri pada saat akhir di Istora Senayan, hari ini.
Perkembangan itu adalah berdasarkan kemas kini laman jadual perlawanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sebentar tadi, sekali gus menyaksikan gandingan ranking kedua dunia itu merangkul kejuaraan sulung mereka bagi musim ini.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai punca wakil Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi, menarik diri daripada beraksi dalam perlawanan akhir kejohanan Super 500 berkenaan.
Sebagai rekod, kejayaan itu merupakan gelaran ketujuh diraih Pearly dan Thinaah sepanjang bergandingan dalam siri jelajah BWF sejak 2021.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








