Kandungan didakwa palsu libat Agong: MCMC siasat China Press
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat China Press berhubung kandungan dalam talian terbitan
yang didakwa berunsur palsu melibatkan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen, semalam.
Menurut MCMC, siasatan itu dibuat setelah pihaknya menerima aduan rasmi daripada orang awam.
Sehubungan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan ini berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan komunikasi yang berpotensi menyebabkan kekeliruan awam serta menjejaskan keharmonian masyarakat.
“Pihak China Press telah dipanggil ke ibu pejabat MCMC untuk rakaman keterangan petang ini.
“Dalam pada itu, MCMC menggesa orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan atau maklumat berkaitan kandungan dalam talian secara rasmi melalui saluran aduan MCMC di portal aduan.mcmc.gov.my, bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan fakta dan proses yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, MCMC turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi, komen melampau atau kenyataan bersifat fitnah, khususnya di media sosial dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







