JENAYAH & MAHKAMAH

Penemuan rangka bayi ditanam, polis tahan empat individu

ALOR GAJAH – Polis menahan empat individu dengan dua daripadanya wanita susulan penemuan rangka bayi yang dipercayai dilahirkan kira-kira empat bulan lalu, yang ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak, di sini hari ini

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi media mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan tanpa memberi penjelasan lanjut.

Kejadian itu sekali gus menggemparkan penduduk di kawasan perumahan di Kelemak, apabila pasukan forensik dilihat berada di rumah berkenaan kira-kira pukul 9 pagi tadi, ketika umat Islam masih menyambut Aidilfitri.

Seorang lelaki yang datang beraya ke rumah kakaknya berkata, dia pada awalnya menyangka keadiran polis tersebut hanya kes biasa, namun dimaklumkan jiran bahawa polis menemukan rangka bayi dipercayai ditanam di situ.

Related Articles

“Kawasan perumahan ini sunyi dan rumah teres itu terletak berhadapan dengan sebuah rumah kosong, jadi kejadian sebegini menambahkan lagi kejutan kepada penduduk,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button