Belum dapat dipastikan korekan paip kumbahan punca kejadian letupan gas
SUBANG JAYA – Belum dapat dipastikan sama ada kerja korekan paip kumbahan yang dijalankan berhampiran Persiaran Harmoni, Putra Heights menjadi punca kepada insiden kebakaran akibat letupan gas, 1 April lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh dan teliti oleh pelbagai agensi.
“Pihak Polis telah menjalankan siasatan dengan menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh sebuah syarikat kontraktor.
“Didapati paip kumbahan ini dipasang pada kedalaman 2.1 meter daripada paras daripada aras jalan yang sedia ada.
“Keterangan lanjut didapati kerja korekan telah dibuat oleh kontraktor ini tidak melebihi 3 meter, sepanjang jalan itu dengan lebar korekan 1.5 meter,” katanya ketika sidang akhbar, di sini hari ini.
Tambahnya, kerja korekan dilakukan sepanjang lebih kurang 30 meter merentasi paip gas PETRONAS itu telah mendapat kelulusan dan dijangka akan bersambung.
Jelasnya, siasatan pihak polis juga mendapati korekan yang dibuat oleh kontraktor berkenaan tidak melebihi 3 meter daripada paras jalan.
Hasil siasatan juga mendapati segala aspek peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi oleh pihak kontraktor, namun pihaknya masih menyiasat sama ada wujud unsur jenayah atau tidak.
Tambahnya, laporan siasatan awal pihak berkuasa dijangka dapat diketahui pada 15 April ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




















