BERITA SEMASA

Rakyat Malaysia di Nepal dan China masih gagal dihubungi – Wisma Putra

PUTRAJAYA – Nasib 55 rakyat Malaysia di Nepal dan 36 lagi di China masih menjadi tanda tanya selepas Kementerian Luar masih tidak dapat menghubungi mereka setakat pukul 8 malam tadi, susulan bencana banjir yang berlaku pada 26 Ogos lalu.

Kementerian Luar atau dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan, pihaknya terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan di Nepal dan China bagi mengesan serta mendapatkan perkembangan terkini mengenai rakyat Malaysia yang gagal dihubungi.

“Kementerian turut menjalankan semakan silang maklumat yang diterima dari kedua-dua negara bagi mengenal pasti sebarang pertindihan dalam laporan,” menurut kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Wisma Putra, angka berkenaan akan terus dikemas kini apabila hubungan berjaya diwujudkan dengan rakyat Malaysia yang masih belum dapat dihubungi, selain menerima maklumat lanjut daripada pihak berkuasa dan ahli keluarga.

Dalam perkembanga berkaitan, Wisma Putra memaklumkan perkembangan berkaitan kes individu disalurkan secara terus kepada waris terdekat yang telah disahkan, selaras dengan prosedur konsular.

Pegawai konsular juga telah menghubungi waris terdekat yang dikenal pasti berdasarkan maklumat tersedia bagi menyampaikan perkembangan terkini.

Kementerian menegaskan maklumat peribadi rakyat Malaysia yang terjejas tidak akan didedahkan kepada umum tanpa kebenaran waris terdekat.

Sehubungan itu, semua pihak termasuk pengamal media dan masyarakat umum diminta merujuk kepada angka rasmi yang dikeluarkan Kementerian serta menghormati privasi keluarga yang terjejas.

Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya terus beroperasi 24 jam bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas serta ahli keluarga mereka.

Ahli keluarga terdekat yang masih belum menyalurkan maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Operasi Kementerian di talian +603 8887 4570 atau melalui e-mel dutyofficer@kln.gov.my.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu melalui mwkathmandu@kln.gov.my atau Kedutaan Besar Malaysia di Beijing melalui mwbeijing@kln.gov.my, dengan salinan kepada Bilik Operasi Kementerian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button