BERITA SEMASA

RTB Kota Tinggi dapat kurangkan impak jika berlaku banjir

KOTA TINGGI – Rancangan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di sini yang dijangka siap pada 2027 mampu mengatasi masalah banjir di daerah itu.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, RTB itu dapat mengurangkan impak jika berlakunya bencana seperti ini lagi.

“Hari ini beberapa kawasan di Parlimen Kota Tinggi telah dilanda banjir. Saya telah ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) bagi melawat mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

” Selain berpeluang menyantuni mereka, saya turut menerima maklum balas daripada anggota keselamatan serta mangsa banjir tentang keadaan terkini serta keperluan yang diutarakan,” katanya.

Terdahulu hujan lebat yang melanda Kota Tinggi sejak semalam menyebabkan banjir berlaku di beberapa kawasan.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih buat anggota keselamatan dan pasukan sukarelawan yang bertungkus lumus dalam menguruskan bencana yang berlaku ini.

“Diharap agar semua mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan sebegini dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button