Nepal setuju terima SMART sertai operasi SAR
CYBERJAYA – Kerajaan Nepal bersetuju menerima Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di negara itu susulan bencana banjir dan tanah runtuh, minggu lepas.
Memetik laporan FMT, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, Nepal bersetuju menerima bantuan selepas beberapa hari rundingan digerakkan oleh Wisma Putra.
Laporan itu turut menyebut, pasukan SMART dijangka berlepas ke Nepal, pagi esok melalui Pangkalan Udara Subang.
NADMA bagamanapun berkata, sebarang perubahan pada jadual misi itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Nepal pada awalnya dikatakan menolak tawaran pasukan SAR dari luar negara sambil menegaskan pasukan penyelamat tempatan mampu mengendalikan operasi terbabit.
Bagaimanapun, keputusan itu ditarik balik susulan desakan diplomatik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








