PMX

Anwar ucap tahniah kepada Lula atas kemenangan bersejarah di Brazil

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia memperkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan Brazil, selain memperluas hubungan antara ASEAN dan Amerika Latin susulan kemenangan bersejarah Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan ucapan tahniah kepada sahabatnya itu atas kemenangan berkenaan yang menurutnya memberikan mandat baharu daripada rakyat Brazil untuk memimpin negara itu.

“Komitmen berterusan Lula terhadap keadilan sosial, usaha mengurangkan kemiskinan serta memastikan suara negara membangun didengari telah mendapat penghormatan melangkaui Brazil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lula memenangi pilihan raya presiden Brazil bagi penggal keempat selepas menewaskan pencabarnya, Senator Flavio Bolsonaro, sekali gus akan kekal memegang jawatan itu sehingga 2030.

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan penghargaan terhadap persahabatan mereka dan berkongsi keyakinan bahawa negara-negara Selatan Global perlu mempunyai suara lebih kuat dalam membentuk aturan antarabangsa yang lebih adil.

“Malaysia menantikan peluang untuk bekerjasama rapat dengan Brazil di bawah kepimpinan berterusan Presiden Lula.

“Terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan bersama, termasuk memperkukuh perdagangan dan pelaburan, memajukan kerjasama antara ASEAN dan Amerika Latin serta memberikan lebih banyak pengisian kepada perkongsian antara kedua-dua negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button