BERITA SEMASAPMX

Konvensyen Kerajaan Perpaduan akan diadakan di semua negeri – PM Anwar

IPOH – Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di negeri Perak pada hari ini, akan dilaksanakan di semua negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif menerusi konvensyen berkenaan diyakini mampu memberi kekuatan kepada Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ini adalah kerana, kata Anwar, pembentukan kerajaan perpaduan atau campuran bukan sesuatu yang mudah tidak kira sama ada dalam sejarah di negara ini atau di mana-mana negara,

“Sekiranya dua gabungan (PH dan BN) ini menjadi induk terutamanya di Semenanjung Malaysia, ia akan jadi kekuatan baharu untuk dekad-dekad akan datang dan tidak mudah disangkal dan robohkan kekuatannya.

“Kita juga bernasib baik kerana rakan kita Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat setia dan komited untuk menjalin hubungan,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan penutupan Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan berkenaan.

Sementara itu, Anwar berkata, gabungan parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan termasuk di Sabah dan Sarawak berjaya mematikan usaha untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Katanya, pelbagai langkah yang cuba dilakukan ditolak dengan tegas oleh pimpinan tertinggi parti-parti di dalam kerajaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button