LUAR NEGARA

Banjir Nepal: Angka korban cecah 1,220, lebih 4,700 masih hilang

KATHMANDU – Angka kematian akibat banjir kilat dan gelongsoran lumpur dahsyat yang melanda kawasan sempadan China-Nepal minggu lalu meningkat kepada 1,220 orang, manakala 4,762 individu termasuk 844 warga asing dilaporkan masih hilang.

Pihak Berkuasa Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan 1,204 mayat sudah ditemukan di Nepal sejak banjir besar melanda negara itu pada 26 Ogos lalu, selain 301 mangsa cedera.

Antara yang dilaporkan hilang ialah kira-kira 900 anggota yang ditempatkan di beberapa stesen jana kuasa hidroelektrik di kawasan terkesan.

Dalam operasi menyelamat yang masih giat dijalankan, seramai 11,993 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 21,314 anggota keselamatan, termasuk tentera dan polis, dikerahkan ke kawasan terjejas bagi membantu usaha mencari mangsa.

Sementara itu, sembilan mayat yang dihanyutkan banjir ditemui di India sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa Nepal.

Menurut laporan Nepal News, mayat terbabit ditemukan berhampiran kawasan balai polis Khadda dan Padrauna, India, sebelum dibawa memasuki Nepal melalui sempadan Sunauli.

Kesemua mayat kemudian diserahkan kepada Pejabat Polis Belahiya di Rupandehi, sebelum dihantar ke Hospital Wilayah Lumbini di Butwal untuk menjalani prosedur lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat di Nepal serta kawasan sempadan negara jiran masih diteruskan, dengan pihak berkuasa berdepan cabaran besar susulan kerosakan jalan raya dan keadaan muka bumi yang terjejas teruk akibat banjir serta gelongsoran lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button