MCMC agih peranti digital kepada mangsa kebakaran saluran paip Putra Heights
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengagihkan 302 komputer riba dan 620 unit telefon bimbit kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
MCMC dalam kenyataan berkata, agihan yang akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh terdekat itu bagi membantu memudahkan urusan pembelajaran dan komunikasi mangsa yang terkesan.
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 37 komputer riba telah diberikan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), 265 unit akan diberikan kepada pihak sekolah dan 620 unit telefon bimbit akan kepada setiap isu rumah yang terkesan.

Sebanyak 37 unit komputer riba diagihkan MCMC kepada pelajar IPT yang terlibat dalam kebakaran saluran paip gas di Putra Heights baru-baru ini.
“Pemberian tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dalam satu majlis ringkas baru-baru ini semasa lawatan beliau bersama wakil Kementerian Komunikasi dan MCMC ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.
“MCMC berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mangsa khususnya dalam urusan pembelajaran, perkhidmatan dalam talian serta perhubungan komunikasi yang penting terutamanya dalam situasi ini,” katanya.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














