Polis temukan IED dalam kenderaan dipercayai milik penyerang Bondi Beach
SYDNEY – Pihak berkuasa mengesahkan penemuan bahan letupan buatan sendiri (IED) dalam kenderaan dipercayai milik salah seorang penyerang insiden tembakan rambang di Bondi Beach, hari ini.
Komisioner Polis New South Wales, Mal Lanyon berkata, angka kematian dalam insiden berkenaan turut meningkat kepada 12 manakala sekurang-kurangnya 29 lagi cedera, lapor The Telegraph.
BACA JUGA:
10 maut kejadian tembakan rambang di Bondi Beach
“Tidak lama selepas kejadian tembakan itu berlaku, polis mengesan sebuah kenderaan yang diletakkan di Campbell Parade, yang kami percaya mengandungi beberapa peranti letupan buatan sendiri.
“Unit pelupusan bom kini berada di lokasi dan sedang menjalankan tugas di situ,” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan, penyerang yang berpakaian serba hitam melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis raifal dari jambatan.
Salah seorang daripada penyerang itu didakwa berjaya ditembak mati oleh polis, manakala seorang lagi penyerang dipercayai berada dalam keadaan kritikal.
Kejadian berlaku ketika persediaan satu acara pantai bagi meraikan perayaan Yahudi, yang dijadual berlangsung pada waktu senja, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







