Lelaki maut akibat renjatan elektrik ketika mengecat rumah
KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecat rumah di Kampung Likas, di sini pagi tadi.
Mangsa yang berusia 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan terbakar sehingga putus pergelangan tangannya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.03 pagi.
Susulan itu, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.
“Insiden membabitkan seorang mangsa lelaki yang dilaporkan terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja mengecat rumah.
“Mangsa terbakar dan putus pergelangan tangan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jasad mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Anggota bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pukul 11.10 pagi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








