BERITA SEMASA
Anggota tentera maut dalam kemalangan kereta di Taman Rimba Templer
GOMBAK – Seorang anggota tentera maut selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Utama Taman Rimba Templer, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.26 pagi tadi.
Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah Perodua Bezza terbabas dengan sendiri.
“Mangsa lelaki berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















