JENAYAH & MAHKAMAH

Bas bawa 34 pelajar kemalangan dengan lori

KUALA KRAI – Sebuah bas persiaran membawa 34 pelajar dan enam guru terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Eco Park, di sini pagi tadi.

Nahas yang berlaku pukul 9 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan sama ada dalam kalangan penumpang bas atau pemandu lori berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, bas yang membawa pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gunong Bachok itu sedang dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, bas berkenaan dikatakan melanggar bahagian belakang lori ketika lori yang dipandu lelaki berusia 42 tahun itu membrek.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan, namun tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan berlaku.

“Kemalangan dipercayai berpunca akibat kecuaian pemandu bas yang mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat dan gagal membrek sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button