Anwar berlepas ke New Delhi bagi Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18
CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala ketika Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India.
Beliau berangkat ke New Delhi selepas menamatkan lawatan kerja ke Sabah, hari ini.
Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India selain Presiden Russia, Iran dan Kazakhstan serta Perdana Menteri Ethiopia.
āSaya dan delegasi Malaysia berangkat ke New Delhi, India bagi menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.
āRencana saya di India turut merangkumi kunjungan ke Kerala untuk bertemu Mufti Besar India bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pembangunan masyarakat, pendidikan dan hal ehwal agama,ā kata beliau.
Selepas menyelesaikan misi diplomasi di India, Anwar akan meneruskan perjalanan ke Male, Maldives bagi mengadakan lawatan rasmi atas jemputan Presiden Dr Mohamed Muizzu.
āMoga segala urusan dipermudah dan lawatan ini membawa manfaat nyata buat rakyat dan negara. Insya-Allah,ā kata Anwar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








