Rakan kongsi kenangan, pilot terkorban dalam nahas di Sarawak pernah bawa Anwar
KUALA LUMPUR – Rakan kepada Kapten Zainol, salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang semalam berkongsi kenangan juruterbang itu pernah membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.
Menurut Amirul Hakeem yang pernah menjadi sebahagian daripada kru ketika Anwar menggunakan penerbangan berkenaan sepanjang beberapa hari kempen PRU15, Allahyarham sangat berbesar hati kerana berpeluang menerbangkan Perdana Menteri ketika tempoh berkenaan.
“Dia sering bercakap tentang hari-hari tersebut dan saya tahu pengalaman itu sangat bermakna buatnya.
“Malangnya, dia terlibat dalam nahas helikopter semalam di Long Lellang, Sarawak dan telah meninggal dunia,” katanya menerusi akaun Thread.

Amirul berkata, beliau teringat kepada Anwar selepas menerima berita pemergian Kapten Zainol kerana Perdana Menteri pernah meluangkan masa bersama Allahyarham ketika kempen berkenaan.
“Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri sudah mendengar berita ini. Saya rasa selepas pernah berkongsi beberapa hari bersamanya, Datuk Seri patut tahu.
“Dia seorang yang sangat baik dan sahabat yang amat saya sayangi,” katanya.
Beliau turut menyampaikan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Kapten Zainol dan berharap Anwar mengetahui berita berkenaan memandangkan pengalaman mereka bersama ketika kempen PRU15.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








