Murid maut terkena renjatan elektrik: JAKIM diarah dapatkan laporan terperinci
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agam), Datuk Seri Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapatkan laporan terperinci berhubung kejadian pelajar maut akibat terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang, kelmarin.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Dr. Mohd Na’im berkata, JAKIM telah diarah mendapatkan laporan daripada pihak berkuasa agama Islam negeri mengenai insiden yang menimpa pelajar tahun enam itu.
“JAKIM telah diarah untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri untuk mendapatkan laporan terperinci serta mencari pendekatan drastik secara bersama agar kejadian tidak berulang lagi.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan takziah kepada keluarga murid yang telah meninggal dunia dipercayai kerana terkena renjatan elektrik sewaktu Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Serdang.
“Kejadian tersebut adalah amat mendukacitakan,” katanya.
Dalam kejadian Rabu lalu, seorang pelajar berusia 12 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang dekat sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








