BERITA SEMASA

Guru didakwa langgar dua pelajar, siasatan masih dijalankan polis

KOTA BHARU – Pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kejadian seorang guru yang merempuh dua pelajar hingga menyebabkan seorang maut di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, Ahad minggu lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya belum menerima kertas siasatan daripada pihak polis, memetik laporan Berita Harian.

“Pejabat pendakwaan kami di Kelantan sudah diberi taklimat oleh pihak polis baru-baru ini. Arahan kami adalah untuk siasatan lanjut dijalankan sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Justeru, setakat ini siasatan masih dijalankan pihak polis dan kertas siasatan belum diterima,” katanya kepada pemberita.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, guru berusia 57 tahun yang dipercayai merempuh dua pelajar terbabit akan didakwa dalam masa terdekat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan guru terbabit kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian pukul 1.50 tengah hari Ahad lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut, manakala rakannya parah selepas dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu guru wanita.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button