Maut terkena renjatan elektrik: Keluarga Konstabel Raimi terima pampasan RM72,500
DUNGUN – Keluarga Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee, 24, yang maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort, Sabah, minggu lalu menerima pampasan kematian berjumlah RM72,500.
Pampasan menerusi Skim Takaful Berkelompok Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad itu disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyantuni keluarga Allahyarham di Felda Kerteh 2, di sini hari ini.
Saifuddin turut menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PDRM sebanyak RM1,200 serta sumbangan peribadi kepada keluarga berkenaan.
BACA JUGA:
Tiga anggota polis maut akibat renjatan elektrik dibawa pulang ke kampung halaman
Tiga anggota polis maut akibat renjatan elektrik
Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit bertemu ibu bapa Allahyarham, Ismarubee Ismail, 51, dan Nor Azila Zakaria, 46.
Muhammad Raimi dilaporkan maut bersama dua rakannya, Koperal Chiu Teck Siong, 40, dan Koperal Muhamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort, minggu lalu.
Ketiga-tiga anggota berkenaan dipercayai terlibat dalam tugasan di kawasan tersebut sebelum kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








