LUAR NEGARASUKAN

Krisdayanti cipta sejarah, bakal wakili Indonesia di Kejuaraan Dunia Wushu

JAKARTA – Penyanyi terkenal dan bekas anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Krisdayanti mencipta sejarah tersendiri apabila bakal mewakili negaranya ke Kejuaraan Dunia Wushu 2025 yang akan berlangsung di Emeishan, China dari 17 hingga 19 Oktober ini.

Krisdayanti cipta sejarah, bakal wakili Indonesia di Kejuaraan Dunia Wushu
Pasukan Wushu Indonesia

Krisdayanti, atau lebih dikenali sebagai Mimi KD, merupakan antara 10 atlet wushu Indonesia yang terpilih untuk menyertai kejohanan berprestij itu.

Para atlet dijadualkan beraksi dalam kategori jurus atau taolu, merangkumi pelbagai peringkat umur daripada kanak-kanak hingga dewasa.

Krisdayanti cipta sejarah, bakal wakili Indonesia di Kejuaraan Dunia Wushu
Krisdayanti cipta sejarah, bakal wakili Indonesia di Kejuaraan Dunia Wushu

Menurut Krisdayanti, beliau telah menjalani latihan intensif selama empat tahun sebelum berpeluang menyertai kejohanan bertaraf dunia tersebut.

“Saya sudah berlatih selama empat tahun. Ini sesuatu yang membanggakan kerana dapat membangkitkan semangat dan membina peradaban baharu untuk anak-anak muda,” katanya dalam satu hantaran video di IG.

Beliau yang akan bersaing dalam kategori veteran menjelaskan bahawa penyertaannya bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga simbol keberanian untuk keluar dari zon selesa.

“Walaupun saya bertanding di kelas veteran yang melibatkan usia 30 hingga 59 tahun, saya tetap memberanikan diri kerana sudah lama berlatih dan bersedia sepenuhnya,” katanya lagi.

Krisdayanti turut berkata, penyertaannya kali ini adalah di bawah Yayasan Inti Bayangan, sebuah organisasi yang aktif dalam pembangunan sukan wushu di Indonesia.

Penyertaan figura popular itu sekali lagi membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus mengejar impian dan mengharumkan nama negaranya di pentas antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button