BERITA SEMASA

Isu sempadan di Kalimantan Utara belum dimuktamadkan

SEREMBAN – Isu sempadan di Kalimantan Utara antara Malaysia dengan Indonesia belum dimuktamadkan kerana ia perlu dibawa ke meja rundingan melibatkan pemimpin kedua-dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, garis sempadan di peta lazimnya dilukis secara lurus berdasarkan perjanjian dan undang-undang, namun keadaan sebenar di kawasan sempadan sering berbeza kerana kewujudan penempatan penduduk yang telah lama diterokai.

“Apa yang ada di atas peta dan apa yang berlaku di bawah (on the ground) adalah berbeza. Realiti di lapangan perlu diambil kira. Belumlah lagi kita putuskan,” katanya, hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media yang mendakwa peta sempadan Malaysia–Indonesia mengalami perubahan susulan penyelesaian Outstanding Boundary Problems (OBP) sehingga menyaksikan tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini secara rasmi berada dalam wilayah kedaulatan Malaysia.

Beliau berkata, satu jawatankuasa teknikal akan menjalankan kajian terperinci sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button