Kanak-kanak usia 4 tahun maut diperkosa, ditemukan dalam karung
CILACAP – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia selepas diperkosa dan dibunuh dengan kejam.
Mangsa, yang dikenali sebagai EH menjadi mangsa nafsu serakah penganggur yang ketagih menonton video lucah dikenali sebagai GR, 23 dalam kejadian menggemparkan di Cilacap, Jawa Tengah di Indonesia.
“Jasadnya ditemukan dalam keadaan menyayat hati di dalam karung di belakang rumah jiran yang terletak kira-kira 20 meter dari kediaman keluarganya pada Jumaat lalu,” kata Kapolresta Cilacap Kombes Budi Adhy Buono.

Sebelum penemuan mayatnya, EH dilaporkan hilang pada petang Khamis setelah keluar bermain bersama kawan-kawannya.
Menurut Budi, pelaku ditahan di Purbalingga beberapa jam selepas jasadnya dijumpai.
“Siasatan awal mendapati GR mengajak mangsa ke rumahnya. EH bagaimanapun menangis ketakutan hingga pelaku menekup mulutnya dan melemaskannya di dalam bekas berisi air hingga mangsa lemah.
“Setelah menodai kanak-kanak itu, pelaku membungkus jasadnya dalam plastik dan dimasukkan dalam karung.
“Perbuatan itu dilakukan kerana dorongan nafsu kerana ketagihan pornografi,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








