Kelayakan Piala Dunia 2026: FIFA, AFC tolak permohonan Indonesia tukar pengadil
JAKARTA – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menolak permohonan Indonesia untuk menukar pengadil menjelang perlawanan pusingan keempat kelayakan Piala Dunia menentang Arab Saudi di Jeddah, awal pagi Khamis ini.
Laporan CNN Indonesia menyebut, permohonan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk menggantikan pengadil dari Kuwait, Ahmad Al Ali, tidak berhasil.
PSSI sebelum ini dilaporkan menghantar surat bantahan kepada FIFA selepas badan induk itu mengetahui bahawa pengadil yang akan mengendalikan perlawanan itu berasal dari Kuwait.
Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, mengesahkan pihaknya telah menghantar surat berkenaan sebagai tanda protes memandangkan pengadil itu berasal dari rantau yang sama dengan lawan yang akan dihadapi mereka.
PSSI meminta agar pengadil yang akan mengadili perlawanan itu dipilih dari negara neutral dan rantau berbeza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








