BERITA SEMASAPMX

Batik dipakai PM buatan Kelantan, bukan Indonesia

KOTA BHARU – “Maaf YB, itu batik Malaysia buatan Tunjung, Kelantan.

Demikian tegas Pengasas Bujins Batik, Amir Harith sekali gus menolak dakwaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mendakwa baju batik dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) pada Khamis dari Indonesia.

Anak muda berusia 35 tahun itu berkata, Anwar telah beberapa kali menggayakan batik yang dilukis serta dihasilkan di butiknya dalam program rasmi kerajaan.

“Batik yang dikenakan oleh Perdana Menteri dianggarkan bernilai RM900 hingga RM1,800.

“Bujins Batik telah ditubuhkan sejak 2009 dan beroperasi di Tunjung. Saya aktif melukis batik sejak berusia 19 tahun,” katanya memetik laporan Sinar Harian, semalam.

Tangkap layar penjelasan Bujins Batik mengenai baju batik yang dipakai oleh Perdana Menteri semasa pembentangan RMK13 di Parlimen semalam.

Terdahulu Ahmad Amzad memuat naik satu hantaran di Facebook mempersoalkan tindakan Anwar memilih batik yang didakwa mempunyai motif daripada Indonesia.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu meminta Anwar supaya berhati-hati memilih pakaian bersesuaian semasa peristiwa penting.

Bagaimanapun Ahmad Amzad memadamkan hantaran tersebut selepas Bujins Batik menafikan perkara tersebut menerusi hantaran dilaman sosial rasmi miliknya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button