Anwar, Prabowo bincang usaha perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama Presiden Republik, Indonesia Prabowo Subianto bagi memperkukuh hubungan kedua-kedua negara.
Pertemuan itu diadakan dalam satu jamuan makan tengah hari tertutup di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sehari Prabowo ke Malaysia.
“Hari ini saya meraikan kehadiran sahabat baik saya, Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto yang dalam lawatan kerja rasminya ke negara ini.
“Dalam satu jamuan makan tengah hari tertutup di Rumah Tangsi, kami sempat berbicara dan berdiskusi pelbagai perkara penting dalam mempererat hubungan bilateral kedua negara berjiran ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.
Sebagai rekod, lawatan itu merupakan kunjungan pertama Prabowo ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden pada Oktober 2024.
Perdana Menteri berkata, hal perbatasan, pengambilan tenaga kerja, kordinasi hal nelayan di kawasan pertikaian Selat Melaka, perdagangan, pelaburan, ekonomi, sosiobudaya, pertahanan dan keselamatan adalah antara perkara yang dibincangkan bersama Prabowo.
“Ruang lingkup singkat dan bermakna ini kami manfaatkan sepenuhnya bagi terus mempereratkan hubungan erat yang terjalin selama ini.
“Insya-Allah, saya percaya, sinergi pertemuan ini akan digunakan bagi meneroka peluang baharu untuk dimanfaatkan demi masa depan lebih baik untuk kedua-dua,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








