Thailand tambah elaun rakyat, tangani impak perang
BANGKOK – Kerajaan Thailand mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan elaun barangan keperluan harian kepada jutaan rakyatnya bermula esok, susulan tekanan ekonomi global yang berpunca daripada konflik di Timur Tengah.
Kementerian Kewangan Thailand dalam taklimat media pada Sabtu memaklumkan, lebih 13 juta pemegang kad bantuan sosial akan menikmati kenaikan elaun bulanan daripada 300 baht kepada 400 baht (kira-kira RM39 kepada RM52) bagi menampung kos sara hidup.
Menurut Menteri Kewangan, Ekniti Nitithanprapas, langkah itu bertujuan melindungi golongan rentan daripada kesan ekonomi yang berpotensi merebak ke sektor lain.
Selain bantuan langsung, kerajaan turut menyediakan kemudahan pinjaman berkadar keutamaan kepada petani dan pemilik perniagaan kecil, termasuk bagi mereka yang ingin beralih kepada penggunaan kenderaan elektrik atau memasang panel solar.
Dalam masa sama, subsidi turut diluluskan untuk pengusaha sektor pengangkutan menjelang sambutan Songkran yang bakal tiba.
Beliau menegaskan, cabaran ekonomi yang dihadapi bersifat jangka panjang, justeru kerajaan bukan sahaja melaksanakan langkah segera, malah turut mempersiapkan rakyat dan usahawan menghadapi kemungkinan peningkatan kos tenaga dan harga barangan pada masa hadapan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








