BERITA SEMASA

Lori kontena milik syarikat Israel diarah berpatah balik

PADANG BESAR – Sebuah lori kontena dengan muatan ayam sejuk beku dari Thailand diarah berpatah balik kerana menggunakan logo syarikat milik Israel.

Arahan itu dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia ketika kenderaan tersebut melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Padang Besar.

Pengarah Kastam Negeri Perlis, Ismail Hashim berkata, kejadian disedari berlaku sekitar jam 12.03 tengah hari ketika lori tersebut memasuki terowong pengimbas dan prosedur pengikraran Borang K1.

“Semasa proses imbasan imej itu, pengendali mesin pengimbas mengesan kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo ZIM yang tertera pada badan dinding luar kontena itu.

“Oleh hal demikian, kita menahan lori kontena itu bagi mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, hasil semakan bersama pihak agensi kerajaan yang lain mendapati ternyata kontena itu adalah dilarang memasuki negara ini kerana dipercayai adalah milik syarikat berpengkalan dari Israel.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button