BERITA SEMASA

Israel dakwa peluru dilancar dari Lubnan, siren amaran berbunyi di utara

TEL AVIV – Tentera Israel melaporkan beberapa peluru dilancarkan dari wilayah Lubnan hari ini, sekali gus mencetuskan bunyi siren amaran di beberapa kawasan di utara negara itu.

Menurut kenyataan tentera Israel, satu daripada peluru berkenaan berjaya dipintas sistem pertahanan udara, manakala selebihnya jatuh di kawasan lapang tanpa menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta benda.

Insiden itu merupakan yang pertama dilaporkan dari arah Lubnan sejak operasi ketenteraan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran bermula.

Sebelum itu, Israel dan Lubnan mencapai gencatan senjata yang ditaja AS pada 2024 selepas lebih setahun pertempuran dengan Hizbollah, kumpulan bersenjata pro-Iran yang terjejas teruk akibat siri serangan udara Israel.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak sejak itu saling menuduh melanggar perjanjian berkenaan.

Dalam perkembangan terbaharu, Hizbollah tidak mengeluarkan kenyataan rasmi, meskipun sebelum itu menyatakan solidariti terhadap Iran susulan pembunuhan Pemimpin Agungnya, Ali Khamenei.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden berkenaan, namun penganalisis keselamatan memberi amaran bahawa sebarang penglibatan langsung Hizbollah berpotensi membuka medan konflik baharu dan mencetuskan ketegangan lebih serius di Asia Barat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button