[VIDEO] Iran beri amaran ‘pusaran maut’ di Selat Hormuz, nafi tentera AS lepasi sekatan
TEHERAN – Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mendakwa menguasai sepenuhnya Selat Hormuz sambil menafikan laporan bahawa kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) telah melintasi laluan strategik itu, ketika ketegangan antara kedua-dua negara terus memuncak.
Tentera laut negara itu menegaskan semua pergerakan di selat berkenaan kini berada di bawah kawalan penuh angkatan bersenjata Iran, sambil memberi amaran bahawa sebarang tindakan bermusuhan boleh memerangkap musuh dalam ‘pusaran maut’.
Dalam masa sama, Iran dilapor mengeluarkan amaran keras bahawa mana-mana kapal tentera AS yang cuba memasuki Selat Hormuz akan diserang dalam tempoh 30 minit.
@malaysiatribune Pihak IRGC mengeluarkan amaran serangan ke atas kapal pemusnah Tentera Laut AS ketika cuba melintasi Selat Hormuz. Kapal berkenaan akhirnya berpatah balik.#beritasemasa #viralnews #beritaviral #trendingnewsmalaysia #malaysiatribune
Dalam pada itu, pegawai kanan tentera Iran turut menafikan dakwaan media AS bahawa beberapa kapal tentera laut negara itu telah melintasi selat berkenaan tanpa penyelarasan, menyifatkan laporan tersebut sebagai tidak benar.
Bagaimanapun, IRGC menjelaskan Selat Hormuz masih dibuka kepada kapal awam yang mematuhi peraturan ditetapkan namun memberi amaran bahawa kehadiran kapal tentera asing akan dianggap melanggar gencatan senjata dan bakal berdepan tindakan tegas.
Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump, dilapor mengarahkan sekatan laut di Selat Hormuz bagi membersihkan kawasan itu daripada periuk api serta membuka semula laluan perdagangan kepada semua kapal.
Konflik antara Iran, AS dan Israel yang bermula 28 Februari lalu menjejaskan aliran perdagangan global, khususnya minyak mentah dan gas asli cecair (LNG), sekali gus mencetuskan kejutan tenaga di peringkat antarabangsa.
Walaupun gencatan senjata selama dua minggu dicapai hasil perantaraan Pakistan, keadaan kekal rapuh selepas rundingan di Islamabad gagal mencapai penyelesaian muktamad.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Iran, hampir 3,000 rakyat negara itu terkorban dalam konflik berkenaan, manakala sekurang-kurangnya 13 anggota tentera AS dilaporkan maut dan puluhan lagi cedera.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








