BERITA SEMASASUKAN

Haaland ledak hatrik, Norway malukan Israel 5-0

OSLO – Bintang sensasi Norway, Erling Haaland terus membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak hatrik untuk meraikan gol antarabangsa ke-50, sekali gus membantu pasukannya membenam Israel 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu menyaksikan Norway mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan I dengan enam kemenangan daripada enam perlawanan.

Aksi di Stadium Ullevaal berlangsung dalam kawalan keselamatan ketat berikutan protes dijangka berlaku, termasuk tindakan pihak penganjur mengasingkan sekitar 100 penyokong Israel daripada penyokong tuan rumah.

Sebelum sepak mula, ratusan penyokong pro-Palestin dilaporkan berhimpun di luar Parlimen Norway sambil membawa bendera Palestin dan suar merah, selain bangunan sekitar turut mempamerkan kain rentang solidariti.

Ketika lagu kebangsaan Israel berkumandang, laungan ‘boo’ bergema di seluruh stadium dengan penyokong tuan rumah mengibarkan bendera besar Palestin serta kain rentang bertulis “Let children live”.

Dalam perlawanan itu, Israel menambah derita sendiri apabila dua pemainnya, Anan Khalaili dan Idan Nachmias tertampan bola ke gawang sendiri pada babak pertama.

Haaland yang sebelum itu gagal menyempurnakan dua sepakan penalti, bangkit menunjukkan ketajamannya dengan satu gol sebelum rehat dan dua lagi selepas babak kedua bermula, menjadikan jumlah keseluruhan 51 gol dalam 46 penampilan antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button