11 maut, puluhan cedera dalam serangan Israel di Lubnan
BEIRUT – Angka korban akibat serangan udara Israel di Lubnan terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 11 orang, manakala 30 lagi dilaporkan cedera termasuk wanita dan kanak-kanak dalam kejadian pada Selasa.
Dalam insiden terbaharu, dua individu terbunuh manakala 13 lagi cedera selepas serangan menyasarkan bandar Jebchit di daerah Nabatieh, menurut laporan agensi berita rasmi National News Agency.
Laporan media antarabangsa menyatakan, Israel masih meneruskan operasi ketenteraan di selatan Lubnan susulan konflik berpanjangan dengan kumpulan bersenjata Hizbullah yang disokong Iran sejak awal Mac lalu.
Situasi keselamatan di kawasan sempadan kekal tegang apabila keganasan dilaporkan berlaku hampir setiap hari, meskipun gencatan senjata diumumkan pada 17 April lalu, dengan kedua-dua pihak terus saling melancarkan serangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








