LUAR NEGARABERITA SEMASA

Iran lakukan kesilapan besar, perlu tanggung akibatnya – Netanyahu

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyifatkan serangan balistik oleh Iran sebagai satu kesilapan besar dan berikrar akan memastikan Tehran membayar harga yang mahal.

“Iran melakukan kesilapan besar malam ini dan mereka perlu menanggung akibatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, yang berada di pusat kawalan pemantauan ketika serangan berlaku, turut berjanji akan menghukum Iran atas serangan ini.

“Iran akan membayar harga yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Petugas perubatan Israel melaporkan dua orang mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan peluru berpandu.

Di Tebing Barat, seorang rakyat Palestin dilaporkan terbunuh di Jericho selepas terkena serpihan roket yang jatuh dari udara.

Berikutan serangan tersebut, ruang udara Israel ditutup sementara dan semua jadual penerbangan terpaksa diubah.

Iraq, Jordan dan Lubnan juga bertindak menutup ruang udara mereka sebagai langkah berjaga-jaga.

Jordan melaporkan bahawa sistem pertahanan udaranya telah bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron yang melintasi ruang udaranya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button