BERITA SEMASALUAR NEGARA

Israel teruskan operasi ketenteraan di Gaza selepas gencatan senjata tamat

GAZA – Tentera Israel telah menyambung semula pertempuran terhadap Hamas di Gaza, susulan terdapat dakwaan Hamas telah melanggar gencatan senjata dan menembak ke arah wilayah Israel, lapor Reuters.

Tarikh akhir pelanjutan gencatan senjata tujuh hari telah tamat sebentar tadi, pada jam 7 pagi (waktu Gaza) (0500 GMT) pada hari Jumaat.

Tidak lama selepas pengumuman tentera Israel tersebut, media Palestin melaporkan bahawa serangan Israel telah berlaku di utara Gaza.

Sejam sebelum gencatan senjata ditetapkan, Israel berkata ia memintas roket yang ditembak dari Gaza.

Selain itu, siren amaran roket dibunyikan di kawasan Israel berhampiran Gaza hanya beberapa minit sebelum waktu akhir gencatan senjata, kata tentera Israel.

Dalam pada itu, sehingga kini, tiada komen yang dikeluarkan Hamas atas dakwaan pelanggaran gencatan senjata itu.

Qatar dan Mesir telah giat berusaha untuk melanjutkan gencatan senjata berikutan pertukaran kumpulan terbaru iaitu 8 tebusan dan 30 tahanan Palestin pada Khamis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button