Indonesia nafi dakwaan media Presiden Prabowo akan lawat Israel
JAKARTA – Kementerian Luar Indonesia menafikan dakwaan media Israel bahawa Presiden Prabowo Subianto akan singgah di negara berkenaan selepas menghadiri Sidang Kemuncak Perdamaian Gaza di Sharm El-Sheikh di Mesir.
Tegas Sugiono, Prabowo akan terus pulang ke tanah air sebaik selesai lawatannya di Mesir, esok, lapor portal detiknews.
Terdahulu, media Israel yang memetik sumber, mengumumkan Prabowo dijadual tiba esok.
“Tidak benar. Menurut perancangan asal, Presiden akan pulang ke tanah air selepas selesai acara di Mesir, ” kata Menteri Luar, Sugiono kepada wartawan hari ini.
Sidang kemuncak yang dianjurkan oleh Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi itu dijangka menghimpunkan kira-kira 20 pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer; Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani serta Raja Jordan, Raja Abdullah II.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, turut dijadualkan hadir, manakala Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilaporkan pada awalnya menerima jemputan pada saat akhir.
Namun, pejabat Netanyahu kemudian memaklumkan beliau tidak akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Dalam sidang berkenaan, para pemimpin dijangka menyaksikan pemeteraian perjanjian damai dan gencatan senjata bagi menamatkan perang di Gaza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








